Tuesday, November 22, 2011

emosi!!

ahaaa, entry ini sesuai dengan muka emosi si kecik Nur Safwah di atas =P
act, emosi ni melanda seluruh rakyat Malaysia yg menonton perlawanan bola sepak akhir Sukan SEA 2011 , Malaysia vs Indonesia malam tadi... sesungguhnya sgt lah emosi,geram, teruja, menjerit,terpekik terlolong dan tak kurang juga melompat2 en. suami sewaktu menyaksikan perlawanan malam tadi..hehe
akhirnya emas milik Malaysia!!! oleh kerana saya tidak pandai untuk mengulas tentang perlawanan tersebut kerana hanya pandai berkata-kata, makanya hanya ucapan TAHNIAH untuk skuad Harimau Muda kita kerana telah bermain dengan penuh semangat juang, aksi-aksi yang sgt mendebarkan dan akhirnya........penalti menentukan Malaysia layak menjadi juara.. Thanx to Allah..Alhamdulillah...

dan emosi juga kerana sikap penonton tuan rumah yg tak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku
namun, yg penting EMAS MILIK MALAYSIA!!!

dan...pagi tadi kt ofis semua dok cite psl bola..itu tak kena,ini tak kena...hehehe,masih beremosi lagi rupanye walaupun dah menang..lucu....hehehe =p

wajah kegembiraan skuad harimau muda
pujian utk kapten Malaysia Baddrol yang berjaya membawa
kejayaan kepada Malaysia

No comments: